About Me

My photo
1) i'm a person that can listen to what people say about me, if it's meant for good, i'll try to change it.. 2) menjalani kehidupan tanpa paksaan dan desakan tapi penuh dengan keikhlasan, kekuatan dan kesabaran ~

Wednesday, 4 July 2012

awak, sila ambil perhatian !!!!!!

TARIKH KEPUTUSAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA SESI SEPTEMBER 2012 - JANUARI 2013 DI LAMAN WEB UPU / UiTM
Perkara di atas adalah dirujuk.

Adalah dimaklumkan bahawa berikut merupakan tarikh-tarikh penting berkaitan perkara di atas :

KEPUTUSAN JAYA KE PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA DI LAMAN WEB UPU http://upu.mohe.gov.my/ 13 JULAI 2012

Jika berjaya ditawarkan ke program-program ISM di UiTM....

SEMAK / SAH TAWARAN / CETAK SURAT TAWARAN DI LAMAN WEB INTAKE UiTM http://online.uitm.edu.my/keputusan_main.cfm 14 JULAI 2012

Sekian, untuk makluman dan hebahan kepada semua. Wassalam

Tuesday, 3 July 2012

Kad diskaun siswa 1 malaysia (KDS1M) dan permohonan


Kad diskaun siswa 1 malaysia KDS1M pelajar permohonan syarat 1malaysia 


Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia KDS1M
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melancarkan Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M). Pelancaran kad KDS1M itu adalah idea mahasiswa sendiri menerusi Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK).

Kelebihan Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia KDS1M


1. Pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) bakal mendapat diskaun sehingga 60 peratus untuk pelbagai produk menerusi Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) berkenaan. 

2. Membantu mengurangkan kos sara hidup pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta seluruh negara.


 3. Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (kds1m) juga akan diberi kepada pelajar sarjana dan doktor falsafah.


INFO MAKLUMAT KAD DISKAUN 1MALAYSIA (KDS1M)



1. Bagi mendapatkan diskaun pembelian, pelajar hanya perlu menunjukkan Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) bersama kad pengenalan sahaja. 



2. KDS1M diberi secara percuma dan diskaun kepada pelajar-pelajar IPT warganegara Malaysia yang mengikuti pengajian jangka panjang
yang tempoh masanya 1 tahun dan ke atas. 



3. Kad diskaun ini akan diedarkan kepada pelajar pada September 2012.


PERMOHONAN & SYARAT KAD DISKAUN SISWA 1 MALAYSIA KDS1M






1. Tidak banyak syarat dan tidak perlu cara membuat permohonan kerana secara automatik maklumat pelajar disalurkan IPT kepada kementerian dan Bank Rakyat.




 DLL .....

2. Kad diskaun siswa 1malaysia ini akan diedarkan melalui ipt masing-masing.

#p/s :,,waaaa..untung tak rasanya bila kerajaan lancarkan program KDS1M ini?

Cinta dan jodoh irma dan redza


terdapat 3 kategori jodoh :


pertama iaitu jodoh dari syaitan. dimana lelaki dan perempuan yang berjalan berpegangan tangan dan menuju ke arah kemaksiatan. apabila si perempuan tadi mengandung, barulah si lelaki itu bertanggungjawap untuk menikahi perempuan tersebut.



kedua iaitu jodoh dari jin..dimana lelaki tersebut menyukai perempuan ini yang tidak menyukainya.,lalu dibomohkan perempuan tersebut untuk bersetuju berkahwin dengannya
















ketiga iaitu jodoh yang datang dari Allah dimana pandangan dua pasang mata sehingga menusuk ke dalam hati dan jiwa. lalu, lelaki itu memasang niat untuk menyunting perempuan tersebut. perempuan itu menerima dengan hat yang terbuka tanpa paksaan. mereka kemudiannya bernikah dan bercinta selepas berkahwin kerana cinta selepas berkahwin itu adalah satu2nya cinta yang indah dan diRedhai Allah. bercinta hingga ke syurga. dan itulah yang dikatakan SYURGA CINTA..

p/s  ; berkatanya irma hasmie :  bukan saya yang memilih Redza sebagai suami tetapi percaya yang Allah hantar Redza kepada saya.
 
so sweet :)