pertama, penulisan status yang bersifat metafora atau kegunaan banyak kata-kata hikmah di dalam facebook atau twitter seperti kekuatan itu wujud, selepas beberapa kali kelemahan itu di rasai. atau love is magic, but magic is just an illusion. penulisan status sebegini sememangnya sering wujud di kalangan kita, selain kekerapan orang putus cinta meletakkan lagu-lagu berbaur sedih di dinding-dinding wall mereka. klise !!
kedua, mengklik LIKE pada group-group di dalam facebook seperti group asyik aku je yang kena jaga hati dan perasaan kau, tapi kau, pernah ke nak jaga hati dan perasaan aku. atau aku tak peduli apa yang kau nak buat asalkan kau tak ganggu hidup aku lagi !!..emm atau menjadi rakan persona-persona di laman twitter seperti #Ihatequotes dan #AceoFLife yang mana kebanyakkannya adalah kata-kata hikmah tentang cinta yang akan dikitar semula menjadi status di laman facebook.
ketiga, mendengar lagu-lagu nyanyian ziana zain, rachael yamagata, liyana fizi, shima atau sesiapa sahaja. antara lagu yang akan ada termaktub dalam mp3 atau fone mereka adalah seperti i wish you love by rachael yamagata. penyanyi campuran jepun, itali, jerman dan amerika itu, namun suara dia bukanlah jenis suara penyanyi yang boleh menaikkan semangat malah meruntunkan semangat seseorang itu agak betul. ataupun nyanyian dari lagu-lagu seperti teduh by liyana fizi, setelah aku kau miliki by shima atau madah berhelah dari ziana zain. mungkin mereka juga menjadikan lagu-lagu tersebut sebagai idola dan memuat naikkan di blog, malah menjadi caller ringtones mereka..oh my :0
keempat, jika sebelum-sebelum ini tak pernah sekalipun mereka rajin menulis blog atau diari,haaa,,saat-saat genting seperti ini mereka akan mula menulis blog atau diary. ia selalunya diiringgi oleh puisi-puisi putus cinta atau artikel tentang perhubungan, dari sudut psikologi mahupun dari sudut islamik, dengan lagu-lagu yang meruntun jiwa sebagai muzik pengenalan dan ikon-ikon animasi shoujo, watak gadis dari drama romantik korea atau gadis gothic dengan kesan aliran maskara hitam di pipi sebagai gambar profil di blog mereka.
kelima, keadaan mereka yang ta terurus, tak kisahlah dari segi pemakanan atau penampilan, dengan keadaan rambut yang boleh dikategorikan sebagai serabai, mereka masih boleh mengatakan, cantik apa??,,walhal mereka mengetahui, tak cantik pun sebenarnya. lepas tue, mereka mula merasakan hanya makanan dapat menghilangkan kereasahan dan kesedihan,,yes!!,,makan dengan pelahap umpama tak pernah makan sebelum ini..ok ],,teruk dah tue agak-agaknya. badan mula menaik dan mereka rasa gembira.
semua itu propa lebih,,kalau dikutkan mana ada manusia yang suka akan perpisahan. dan perpisahan itu amat menyedihkan. dan ada wanita yang mengambil masa bertahun-tahun untuk melupakan seorang lelaki yang hanya berkongsi kenangan dengannya selama 2 tahun. ada juga lelaki yang tidak dapat melupakan kekasih lamanya dan menghabiskan masanya dengan hidup bersendirian dan memyibukkan diri dengan kerja-kerjanya. sebenarnya, lupakan apa sahaja kata-kata orang yang penting jadi diri sendiri dan lakukan secara perlahan-lahan untuk melupakan kekasih lama,.ira percaya, anda mampu melakukannya..atau mungkin anda patut keluar dating dengan seseorang sekarang ini??hehhehehhe :)










