About Me

My photo
1) i'm a person that can listen to what people say about me, if it's meant for good, i'll try to change it.. 2) menjalani kehidupan tanpa paksaan dan desakan tapi penuh dengan keikhlasan, kekuatan dan kesabaran ~

Wednesday, 4 July 2012

awak, sila ambil perhatian !!!!!!

TARIKH KEPUTUSAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA SESI SEPTEMBER 2012 - JANUARI 2013 DI LAMAN WEB UPU / UiTM
Perkara di atas adalah dirujuk.

Adalah dimaklumkan bahawa berikut merupakan tarikh-tarikh penting berkaitan perkara di atas :

KEPUTUSAN JAYA KE PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA DI LAMAN WEB UPU http://upu.mohe.gov.my/ 13 JULAI 2012

Jika berjaya ditawarkan ke program-program ISM di UiTM....

SEMAK / SAH TAWARAN / CETAK SURAT TAWARAN DI LAMAN WEB INTAKE UiTM http://online.uitm.edu.my/keputusan_main.cfm 14 JULAI 2012

Sekian, untuk makluman dan hebahan kepada semua. Wassalam

Tuesday, 3 July 2012

Kad diskaun siswa 1 malaysia (KDS1M) dan permohonan


Kad diskaun siswa 1 malaysia KDS1M pelajar permohonan syarat 1malaysia 


Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia KDS1M
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melancarkan Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M). Pelancaran kad KDS1M itu adalah idea mahasiswa sendiri menerusi Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK).

Kelebihan Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia KDS1M


1. Pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) bakal mendapat diskaun sehingga 60 peratus untuk pelbagai produk menerusi Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) berkenaan. 

2. Membantu mengurangkan kos sara hidup pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta seluruh negara.


 3. Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (kds1m) juga akan diberi kepada pelajar sarjana dan doktor falsafah.


INFO MAKLUMAT KAD DISKAUN 1MALAYSIA (KDS1M)



1. Bagi mendapatkan diskaun pembelian, pelajar hanya perlu menunjukkan Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) bersama kad pengenalan sahaja. 



2. KDS1M diberi secara percuma dan diskaun kepada pelajar-pelajar IPT warganegara Malaysia yang mengikuti pengajian jangka panjang
yang tempoh masanya 1 tahun dan ke atas. 



3. Kad diskaun ini akan diedarkan kepada pelajar pada September 2012.


PERMOHONAN & SYARAT KAD DISKAUN SISWA 1 MALAYSIA KDS1M






1. Tidak banyak syarat dan tidak perlu cara membuat permohonan kerana secara automatik maklumat pelajar disalurkan IPT kepada kementerian dan Bank Rakyat.




 DLL .....

2. Kad diskaun siswa 1malaysia ini akan diedarkan melalui ipt masing-masing.

#p/s :,,waaaa..untung tak rasanya bila kerajaan lancarkan program KDS1M ini?

Cinta dan jodoh irma dan redza


terdapat 3 kategori jodoh :


pertama iaitu jodoh dari syaitan. dimana lelaki dan perempuan yang berjalan berpegangan tangan dan menuju ke arah kemaksiatan. apabila si perempuan tadi mengandung, barulah si lelaki itu bertanggungjawap untuk menikahi perempuan tersebut.



kedua iaitu jodoh dari jin..dimana lelaki tersebut menyukai perempuan ini yang tidak menyukainya.,lalu dibomohkan perempuan tersebut untuk bersetuju berkahwin dengannya
















ketiga iaitu jodoh yang datang dari Allah dimana pandangan dua pasang mata sehingga menusuk ke dalam hati dan jiwa. lalu, lelaki itu memasang niat untuk menyunting perempuan tersebut. perempuan itu menerima dengan hat yang terbuka tanpa paksaan. mereka kemudiannya bernikah dan bercinta selepas berkahwin kerana cinta selepas berkahwin itu adalah satu2nya cinta yang indah dan diRedhai Allah. bercinta hingga ke syurga. dan itulah yang dikatakan SYURGA CINTA..

p/s  ; berkatanya irma hasmie :  bukan saya yang memilih Redza sebagai suami tetapi percaya yang Allah hantar Redza kepada saya.
 
so sweet :)

Wednesday, 30 May 2012

wanita mesti sentiasa cantik



apa perkara yang lelaki paling tak suka pada wanita? apa benda yang spesis ira rasa benda tu best sangat pada diri tetapi kepada spesis lagi satu, itulah benda yang paling tak best dan paling tak suka, paling benci?

ira terbaca satu artikel di surat khabar, tentang benda benda pada muka perempuan,.biasalah, mana lagi yang dyorang nak tengok kalau bukan muka dulu selain dari bentuk badan. jauh sebelum tengok hati budi. 1st impression katanya,,dari mata turun ke hati, lepas tue baru fikir, baik ta baiknya, putih ta putihnya hati budi perempuan tue.

kaum perempuan biasalah, rata-rata saudara dengan alat solek. bedak, lipstik, itu kira wajib untuk semua.,,tak kiralah mekap tebal macam opera cina atau nipis-nipis pun jadi,,janji ada naik serinya,,tak adalah pucat lesi jek orang tengoknya.

ta ramai juga kaum perempaun yang tak cukup dengan tempek-tempek manja., habis satu muka neh dibuat macam kanvas lukisan..kalau kat bahagian mata tue, kejap-kejap calit ala-ala manja, kejap-kejap calit lembut-lembut, kejap-kejap garang ke, smokey eyes ke bagai,,abis keliling mata hitam macam beruang panda. kalau panda tengok pun takut agaknya,,terus sorok muka tak nak keluar-keluar..sebap orang lain dah amik title dy..:)

aish,,menawan abis lah tue kononnya kan??..tapi jangan tak tahu, kajian telah menunjukkan ramai kaum Adam neh menyampah trang tang-tang dengan tengok semua benda-benda neh.,kalau kok ea pun nak calit-calit mata tue, kata nereka,,sikit-sikit cukuplah sayang..alasannya,,kecantikkan semulajadi itu lebih indah,,al kisahnya,,teeeeeeeeeeeeeeeettttttttttttt.

takut juga katanya,,bila bersalut mekap,,mak aiii,,cantiknya,,terus jatuh cinta pandang pertama,,tapi lepas basuh mekap-mekap tue,,orang kata kan,,mak datuk,,minah lampir pun kalah dengan dy,,tapi janganlah tak bersolek langsung tapi ala-ala kadar cukuplah..

punyalah nak menyebuk,,adalah satu kisah neh kan,,sejak si perempuan neh kenal dari remaja sampai berumah dengan dengan si jejaka pilihan hati, memang tak bersolek,. setakat berbedak berlipstik yang dipalit nipis tue ajelah yang dy reti,,kata dy,,suami i suka i macam neh,,simple-simple jek..dy kata kecantikkan asli i terserlah,,

kalau buka almari baju dy,,mak aii,,dah macam selimut bergerak pun ea..semua baju gelobos-gelobos,,besar-besar dan suram jek kaler..ea la,,badan saiz s pakai baju saiz L,,tak ke haru??..katanya lagi,,suami i suka i pakai macam neh,,dy tak suka i pakai baju singkat-singkat, padat-padat, ketat-ketat..suami i kata tak cantik..

ummm,tup-tup, siapa sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari..dan-dan suami dah ade buah hati baru..muka??sebutlah apa kaler yang tak ade kat muka tue??macam pelangi jek tengok,,tapi ntah-ntah pelangi lagi cantik agaknya..tak sesuai langsung laaa..kening??halus la bebenor..itupun dilukis..kalau organ-organ badan tue boleh bercakap dan menjerit, mesti dy akan jerit,,tolong tolong,,aku kelemasan,,selamatkan aku,,ketat, terdedah sana sini, singkat dan tak cukup kain semuanya adalah,,haish,,mampu mengoncang iman lelaki kot,,

tanya si suami, mengapa?kenapa?,,jawap suami tanpa segan silunya,,bosan tengok you tak tahu jaga penampilan..selekeh,,serabai,,tak selera i tengok you..memalukan i sebagai suami jek..!!!!..then nak kata apa??padan muka ke??memang tak sampai hati la kan..tapi lelaki memang macam tue..lain di mulut, lain di hati kan?,,larangan itu ini tak boleh tue,,ummm,,satu, tak nak orang lain pandang-pandang jeling-jeling kat isteri dy..kedua, taktik cover,,hahhahahha,,taktik menipu isteri namanya itu..biar isteri dy ingat suami dy tak nak pandang-pandanglah perempuan-perempuan bergetah kat luar sana,yang sexy bagai, dedah sana-sini atau daring-daring laa,,konon-konon sukalah dengan penampilan tak bermaya isterinya tue,,padahal entah-entah dy kata,,si isterinya itu orang gaji rumah ke ape ke,,

sebap tue, ramai berpesan,baik lelaki atau baik perempuan, lagi-lagi perempuan, bila dah bersuami tue kekalkan lah penjagaan penampilan tue..kalau dulu hias ala kadar atau tak pandai berhias bagai,,la neh,,bila bersuami,,belajar lah sikit-sikit berhias dan bersiap tapi janganlah melebih-lebih,,suami pun takut nanti tau,,tak semestinya kena berhias dan bersiap kat luar jek,,kat dalam rumah pun kena macam tue,,amik hati suami,,sejuk jek mata dan hati dy memandang..

biar dy kata,,alahai isteri aku neh,,cun nya,,baju tuee,,okaylah setakat sederhana kat luar tapi bila dengan suami tak salah rasanya kalau sexy-sexy sikit,,dedah-dedah sikit,,bukan untuk orang lain,,tapi untuk suami awak juga kann:)

tapi selalunya kaum hawa neh,,kalau kat rumah, jangan kata muka pucat lesi jek,,bau dy??,,alahai,,kain batik lusuh atau baju kelawar,,silap-silap rajin bebenor tak mandinya kan??,,suami tengok pun tak selera tau,,pesanan ikhlas dari hati tak berbayar,,jagalah penampilan walaupun dah bersuami tapi dalam keadaan berpada-pada,,takut pula nanti suami tak reti bezakan mana satu isteri dy,,mana satu hantu...assalamualaikum :_

Wednesday, 2 May 2012

kita akan lebih menghargai, selepas kita kehilangannya



manusia mudah lupa,,kesenangan dan keindahan yang dimiliki sehingga membuatkan kita alpa bagaimana cara untuk mensyukuri. kita mudah mengabaikan dan kadangkala menidakkan apa yang sebenarnya yang telah menjadi milik kita. kita tidak peduli, tidak hairan dan lebih parah, kita tidak kisah jikalau kita kehilangannya langsung waktu itu. semua ini terjadi disebapkan diri sendiri berasa terlalu selesa dengan kesenangan yang dimiliki. 

sehinggalah apabila semua milik itu ditarik kembali oleh Allah, barulah kita sedar betapa ruginya masa-masa yang telah kita bazirkan sepanjang kita memilikinya. begitulah lumrah manusia, akan lebih menghargai sesuatu setelah kehilangan,.

hargailah apa sahaja yang menjadi milik kita sekarang. mungkin ia tidak seindah atau secantik yang diharapkan tetapi percayalah...kamu akan sedar betapa ia 1000 kali jauh lebih indah dan bermakna selepas ia tidak lagi menjadi milik kita. usahlah jadi seperti peribahasa : sudah terhantuk baru nak tergadah.

# terasa macam formal pula kann :)

Tuesday, 1 May 2012

cinta suatu anugerah


Kepada yang masih SINGLE...
Cinta ibarat kupu2. Makin di kejar, makin ia menghindar. Tapi, bila di biarkan ia terbang, ia akan menghampirimu di saat kamu tak menduga. Cinta mampu membahagiakanmu tapi sering pula ia menyakiti, tapi cinta itu hanya istimewa apabila kamu berikan pada seseorang yang layak menerima.



Kepada yang ragu2 dengan PERNIKAHAN.. .
Cinta bukannya mencari seseorang yang "SEMPURNA", tetapi menemukan seseorang yg mampu menjadikan dirimu sempurna.




Kepada PLAYBOY / PLAYGIRL...
Jangan katakan "AKU CINTA PADAMU!" bila kamu tidak benar2 peduli. Jangan bicarakan soal perasaan bila itu tidak benar2 ada. Jangan di sentuh hidup seseorang bila kamu hanya berniat main2 dengannya. Jangan menatap ke dalam mata seseorang bila apa yang kamu lakukan hanya pembohongan. Hal paling kejam yang dilakukan ialah membuat seseorang jatuh cinta, sedangkan kamu tidak berniat langsung "UNTUK MENERIMANYA" saat ia terjatuh.

 

Kepada yanmg PATAH HATI...
Sakit... patah hati... bertahan selama kau menginginkannya dan akan menghiris luka sedalam kamu membiarkannya. Persoalannya, bukan bagaimana kita mengatasi rasa sakit itu, tetapi adalah apa yang boleh diambil sebagai pengajaran dan hikmahnya.

 

Kepada yang BELUM PERNAH JATUH CINTA...
Bagaimana kalau jatuh cinta? Mahu jatuh, jatuhlah! Tetapi, jangan sampai terjerumus. Biar selamba tapi stabil. Berkongsilah tetapi jangan tak adil. Cubalah untuk memahami tetapi bukan bermakna tidak boleh meminta apa2. Bersedialah untuk terluka dan menderita, tetapi jangan simpan semua rasa sakit jika itu yang benar2 dialami.

 

Kepada yang ingin MENGUASAI...
Hatimu patah melihat orang yangg kamu cintai berbahagia dengan orang lain, tetapi akan lebih sakit lagi apabila mengetahui bahawa oranmg yg kau cintai ternyata tidak bahagia dengan mu.



 
Kepada yang takut MENGAKUI...
Cinta menyakitkan bila kamu putuskan hubungan dengan seseorang. Tetapi, lebih sakit lagi bila seseorang memutuskan hubungan dengan mu. Tetapi, cinta paling menyakitkan apabila orang yang kamu cintai, langsung tidaak mengetahui perasaanmu terhadapnya.

 

Kepada yang masih bertahan MENCINTAI SESEORANG YG TLH PERGI...
Hal menyedihkan dalam hidup ialah bila kamu bertemu seseorang lalu jatuh cinta. Kemudian akhirnya menyedari bahawa dia bukanlah jodohmu dan kamu telah mensia-siakan masa bertahun-tahun untuk seseorang yang tidak layak. Kalau sekarang dia sudah tidak layak, 10 tahun dari sekarang pun dia tetap tak akan layak. Biarkan dia pergi dan lupakan.
Cinta memang indah tapi banyak ranjau onak berduri didalamnye.... .

Saturday, 7 April 2012

saya student investment analysis

sedar tak sedar rupanya ira dah habis study kan. selama tiga tahun kat uitm segamat, macam macam memori ira dapat. tak sangka sekejap jek masa berlalu, begitu cepat sekali tanpa noktah. ira masuk uitm masa umur ira 18 tahun dan sekarang ira keluar uitm dengan umur 21 tahun. 3 tahun ira kat segamat. bila dekat rumah, baru ira terasa, ira rindu kawan kawan ira, ira rindu suasana dengan mereka, gelak tawa mereka, sedih sama sama, belajar sama sama, ira sayangkan mereka dan ira sayangkan uitm segamat. tapi ira berharap, biarlah masa degree naanti ira tak dapat kat segamat. bukan apa, nak tukar angin orang kata. ira nak kenal kawan kawan baru dan suasana tempat belajar yang baru..hidup kena berani mencuba kan?. kalau dulu, hidup sentiasa di kelilingi dengan kawan kawan sekarang dah,,ira keseorangan,mati akal bila kat rumah,,baru seminggu kat rumah dah rasa macam 2 atau 3 minggu dah,,rasa lama sangat tau. and jangan tak sangka, duduk rumah jadi pendiam,,alahai, sakit mulut tak bercakap.. nanti kalau jumpa dyorang time reunion ke clearance ke konvo ke,,habislah semua cerita ira nak kongsikan,.bila tak ade mereka,,blog la jadi mangsa ira nak luahkan perasaan. hari hari ira tengok gambar kami. nampak kan..rindu and syang namanya tue,,huhuhu



























guys , i love you damn much :)