About Me

My photo
1) i'm a person that can listen to what people say about me, if it's meant for good, i'll try to change it.. 2) menjalani kehidupan tanpa paksaan dan desakan tapi penuh dengan keikhlasan, kekuatan dan kesabaran ~

Sunday, 4 December 2011

ombak rindu


video klip


lirik lagu

ira pernah baca novel ombak rindu neh masa ira sekolah dulu,,kalau tak silap,,ira ade baca masa umur 12 tahun,,hehehhe,,jalan ceritanya best tapi ape yang ira dapat tahu..filem neh tak semuanya diadaptasi dari novel,,eala setakat 2jam jek kan??takkan nak amek semua jalan cerita masuk dalam filem. ingatkn semalam (sabtu-3dec 2011) nak tengok filem neh,,tapi ade hal pula,,jadi nanti2 pun boleh tengok,,macam2 komen ira dengar,,ade yang kata best,,ade juga yang mengutuk,,beselah,,tak semua benda orang suka.kat entry neh juga,,ira letakkan sinopsis citer ombak rindu..

Izzah (Maya Karin), gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam.

Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz (Aaron Aziz). Hariz sanggup 'membeli' Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia (Lisa Surihani), anak Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat kebahagiaan Izzah dan Hariz

tapi yang bestnya,,lagu dy yang dinyayikan oleh hafiz dan adira,,memang feeling habis,,lagi2 apabila ade SESEORANG MENYANYIKAN LAGU OMBAK RINDU KEPADA NURUL FARAHIRA SAMBIL DIIRINGI GITAR =) awesome